Berita Harian: 70% of complaints of cats involve Malay pet owners
Berita Harian | Feb 3, 2012
Pentingnya menjaga haiwan dengan penuh tanggungjawab
Berikut beberapa pertanyaan yang dikirimkan pembaca BH mengenai isu pemeliharaan haiwan dan jawapan yang diberikan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Negara merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman.
Soalan: Apakah kedudukan pemerintah mengenai pemberian makanan kepada haiwan terbiar? Adakah ia dibenarkan dan digalakkan? - Pembaca B
Dr Maliki: Meskipun mereka yang memberi makan kepada haiwan terbiar itu berniat baik, perkara itu boleh menjadi satu kesalahan jika ia tidak dilakukan dengan bertanggungjawab (seperti membiarkan sisa makanan bersepah).
Penggemar haiwan juga harus sedar bahawa pemberian makanan kepada haiwan yang tidak dikembiri akan menyebabkan ia membiak. Ini akan mengakibatkan lebih banyak masalah berkenaan haiwan terbiar.
Bahkan, ia juga mungkin mengakibatkan penghapusan haiwan jika kekurangan tempat berlindung bagi haiwan-haiwan ini.
Soalan: Telah dilaporkan sebelum ini bahawa satu latihan perundingan awam telah dijalankan untuk mengumpul pandangan rakyat Singapura mengenai pemeliharaan haiwan di flat-flat HDB. Namun, tidak seorang pun ahli keluarga atau rakan-rakan saya yang terlibat dalam latihan itu. Bagaimanakah kami dapat pastikan bahawa hasil tinjauan itu adalah adil? - Pembaca S
Dr Maliki: Kumpulan kerja yang terlibat bertujuan meraih maklum balas dan saranan daripada rakyat Singapura secara kualitatif dan kuantitatif berkait isu-isu pemeliharaan haiwan dan pengurusan haiwan terbiar.
Sejumlah 518 penduduk telah dipilih secara rambang (menerusi pensampelan rambang) dan diwawancara oleh pihak ketiga yang merupakan sebuah syarikat penyelidikan.
Untuk meraih maklum balas kualitatif, sebuah portal dalam talian mengenai isu pemeliharaan haiwan telah juga dijalankan menerusi laman Kementerian Pembangunan Negara dari Ogos hingga November 2011. Ia menarik sekitar 900 respons.
Mentelah, sebuah perbincangan kumpulan fokus telah dijalankan, melibatkan peserta daripada Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), majlis-majlis bandaran serta orang awam. Kami masih mengalu-alukan warga Singapura menghantarkan maklum balas dan saranan mereka kepada mnd_hq@mnd.gov.sg.
Soalan: Usaha pemerintah menggalak pemeliharaan haiwan yang bertanggungjawab dan memupuk masyarakat harmoni ialah satu usaha yang baik. Namun pada pendapat saya, pemilik haiwan peliharaan itulah yang menyebabkan masalah. Di tempat tinggal saya, beberapa pemilik haiwan tidak membersihkan najis anjing mereka. Bolehkah pihak berkuasa mempergiatkan lagi program pendidikan mengenai pemeliharaan haiwan yang bertanggungjawab? - Pembaca H
Dr Maliki: Program Pendidikan Awam AVA mengenai Pemeliharaan Haiwan yang Bertanggungjawab, dengan siri terbitannya - Pet Starter Kit (Kit Persiapan Untuk Pelihara Haiwan) dan Pet Care Booklet (Buku Kecil mengenai Penjagaan Haiwan) - merupakan antara cara untuk mendekati pembela haiwan termasuk pembela haiwan yang baru. Orang ramai boleh mendapatkan salinan cetaknya, atau menerusi laman AVA di www.ava.gov.sg.
Bersama kumpulan-kumpulan kebajikan haiwan, Pusat Kebajikan dan Kawalan Haiwan (CAWC) menganjurkan ceramah-ceramah pendidikan atau bengkel bagi para pelajar mempelajari lebih lanjut tentang pemilikan haiwan secara bertanggungjawab.
AVA juga menganjurkan Pameran Bergerak Pemeliharaan Haiwan Bertanggungjawab setiap tahun untuk menyebar maklumat mengenai topik tersebut.
Untuk memupuk semangat kejiranan yang baik, HDB juga menyediakan maklumat kepada para penduduk agar bertimbang rasa kepada jiran-jiran mereka dalam hal ini.
Ini termasuk mengikatkan tali cawak pada haiwan mereka dan menjaganya dengan baik agar tidak mengganggu jiran lain. Maklumat lanjut boleh didapati di laman HDB di www.hdb.gov.sg.
Soalan: Saya penggemar kucing, dan saya faham mengapa mengembirikan kucing itu digalakkan sebagai sebahagian daripada program pemeliharaan haiwan bertanggungjawab. Saya tahu ada orang yang kurang selesa untuk mengembiri kucing mereka atas pelbagai keprihatinan seperti kepercayaan agama mereka. Adakah pengembirian itu satu kemestian?
Dr Maliki: Mengembirikan kucing ialah satu prosedur rutin untuk membuang organ pembiakan. Haiwan itu akan berada di bawah anestesia umum sewaktu pembedahan itu dilakukan, jadi ia tidak akan berasa sakit.
Kebanyakan haiwan pulih dalam masa 24 hingga 48 jam setelah pembedahan itu dilakukan dan mampu kembali menjalani kegiatan harian mereka. Jika mengembirikan kucing dijalankan atas dasar maslahat (demi kebaikan masyarakat amnya), Jawatankuasa Fatwa telah pun memutuskan bahawa ia dibenarkan.
Mengembiri haiwan ada faedah- faedah bagi kesihatan dan tingkah laku haiwan itu. Mengembiri kededua haiwan jantan dan betina boleh mengelakkan barah organ pembiakan, lebih-lebih lagi jika pembedahan itu dilakukan sewaktu haiwan itu masih kecil lagi.
Haiwan yang sudah dikembiri akan lebih bersifat tenang dan relaks, menjadikan mereka haiwan pemeliharaan yang lebih baik.
Soalan: Kehidupan HDB yang sesak sudah memberi tekanan kepada hubungan jiran. Dengan projek-projek perintis kelak, lebih banyak kucing dan anjing akan dibenarkan dalam estet HDB. Bagaimanakah ia akan menjejas semangat kejiranan? - Pembaca K
Dr Maliki: Satu elemen penting dalam memupuk pemeliharaan haiwan bertanggungjawab ialah kerjasama dengan masyarakat.
Kerjasama ini boleh dijalin dan dikekalkan menerusi pemilikan dan pengurusan bersama pelbagai isu oleh pihak-pihak berkepentingan - masyarakat, kumpulan kebajikan haiwan dan pihak berkuasa.
Kedua-dua projek perintis itu ialah langkah seterusnya untuk memutuskan adakah rangka kerja pengurusan masyarakat akan berkesan.
Kami akan bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan kebajikan haiwan, agensi-agensi dan masyarakat untuk melakar perincian bagi pelaksanaan dua projek tersebut.
ANDA TANYA, DR MALIKI JAWAB
# Siri dwimingguan bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Negara merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, dibawakan oleh Berita Harian dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Negara (MND).
# Nantikan laporan seterusnya berkenaan pembelian flat mengikut bajet.
# Pembaca yang mempunyai soalan berkaitan topik tersebut boleh e-melkan pertanyaan mereka ke alamat askdrmaliki@mnd.gov.sg.
# Soalan terpilih akan dijawab dan disiarkan bersama laporan itu pada Jumaat, 17 Februari 2012.
Source: Berita Harian
Berita Harian | Jan 16, 2012
Lebih 200 aduan jagaan kucing diabai
70 peratus libat pemilik Melayu yang rela buang atau biar haiwan merayau dan kotori tempat awam
SEDANG sebuah program perintis diuji bagi membenarkan penggemar kucing memelihara haiwan itu di flat HDB, Presiden Persatuan Kebajikan Kucing (CWS), Cik Fareena Omar, berharap pemilik kucing mempunyai sikap tanggungjawab tinggi untuk menjaganya dengan baik.
Ini memandangkan lebih 200 aduan terhadap kucing berlaku setiap bulan dari penduduk yang melaporkannya kepada majlis-majlis bandaran.
Menurut Cik Fareena, lebih 70 peratus aduan yang dirujukkan kepada CWS itu melibatkan keluarga Melayu yang gagal menjaga kucing mereka hingga haiwan itu mengganggu jiran tetangga.
Kebanyakannya melibatkan pemilik kucing membiarkan kucing mereka merayau- rayau di luar rumah hingga membuang najis dan mengotori tempat awam.
Banyak juga aduan melibatkan pemilik Melayu membuang kucing mereka, hingga mereka disaman atau diberi surat amaran.
Di bawah Akta Binatang dan Burung, pemilik binatang yang didapati bersalah membuang binatang tanpa sebab boleh dihukum denda tidak melebihi $10,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kededuanya sekali.
'Ada pula rela kucing mereka dihapuskan. Ini amat menyedihkan kerana mereka mengambil ringan soal nyawa,' kata Cik Fareena, 33 tahun, kepada Berita Harian, dalam satu interviu baru-baru ini.
Oleh itu, beliau berasa lebih banyak usaha diperlukan untuk memupuk sikap tanggungjawab di kalangan pemilik kucing.
Katanya, langkah mengembiri kucing merupakan antara huraian jangka panjang bagi mengawal bilangan kucing terbiar, atau 'kucing masyarakat' - istilah lebih disenangi CWS.
Malah, langkah mengembiri kucing menjadi penekanan CWS sejak 1998.
CWS pimpinannya sejak dua tahun lalu itu kini bekerja rapat dengan kumpulan kerja antara agensi pemerintah - diketuai Menteri Negara (Pembangunan Negara), Encik Tan Chuan-Jin - untuk mencari huraian bagi pengurusan haiwan.
Di bawah satu program perintis membenarkan pemilikan kucing di flat HDB, beberapa saranan akan dijalankan termasuk mengembiri kucing, meletakkan cip mikro, memastikan kucing berada di rumah setiap masa dan tidak dibuang pemiliknya sama sekali. Ia kini dirintis di Chong Pang.
Cik Fareena mengalu-alukan perkembangan itu sebagai satu langkah tepat, namun beliau mengingatkan ini tidak bermakna kaedah penghapusan telah dilarang, kerana ia masih lagi digunakan di estet yang mempunyai banyak kucing terbiar.
'Sedang kami ingin melihat tiada penghapusan dijalankan sama sekali, kami memerlukan kerjasama masyarakat,' ujarnya.
Dalam hal ini, CWS mahu melihat lebih ramai penjaga kucing masyarakat memastikan kucing-kucing itu diurus dengan baik termasuk diberi makan dan memastikan tiada pembuangan sisa makanan.
Walaupun mempunyai 600 penjaga kucing di serata negara, CWS masih memerlukan lebih ramai sukarelawan di kawasan seperti Bishan, Marsiling dan Woodlands yang kekurangan sukarelawan untuk menjaga kucing-kucing terbiar di situ.
Source: Berita Harian
Berita Harian | Sep 11, 2011
NGIAU.... SI MANJA MENAGIH BELAS
120 ekor kucing dijumpai terbuang sepanjang Ramadan lalu
BUNYI ngiauan kucing mendayu-dayu, mungkin dahagakan susu atau kerana kedinginan, memecah kesunyian di pekarangan Madrasah Aljunied Al-Islamiah.
Alangkah terperanjatnya Mohammad Nurfirman Mohamed, 16 tahun, apabila dia ternampak empat ekor anak kucing yang baru berusia beberapa minggu, ditinggalkan begitu sahaja di dalam sebuah kotak besar tanpa sebarang makanan ataupun air.
Yang lebih menyedihkan lagi, pembuangan kucing itu berlaku dalam bulan Ramadan yang lalu.
Namun, ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan bagi Persatuan Kebajikan Kucing (CWS) yang memantau kes-kes pembuangan kucing di serata pulau.
Malah, menurut presiden persatuan itu, Cik Fareena Omar, sepanjang Ramadan lalu, lebih 120 ekor kucing telah dibuang.
Antara kawasan yang mencatatkan jumlah tertinggi ialah Tampines dan Jurong East, iaitu 30 ekor kucing yang dibuang dalam masa hanya satu bulan.
Cik Fareena berkata, masalah pembuangan kucing ini sentiasa timbul setiap Ramadan, dan Ramadan kali ini tiada bezanya.
Menurut beliau, daripadai siasatan CWS, yang dibantu oleh ratusan relawan pencinta kucing di seluruh Singapura, sebahagian besar mereka yang membuang kucing itu ialah orang-orang Melayu/Islam.
'Selalunya, apabila masyarakat Melayu/Islam sibuk mengemas rumah semasa bulan puasa, mereka akan buang sekali kucing-kucing peliharaan mereka.
'Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Orang ramai perlu tahu bahawa apabila mereka melepaskan kucing-kucing itu, pihak berkuasa akan mengerahkan syarikat pengawal haiwan perosak untuk menghapuskan kucing-kucing tersebut,' jelas Cik Fareena.
Sementara itu, bagi Nurfirman, apabila dia mendapat tahu tentang anak-anak kucing terbiar itu, dia terus menghubungi Cik Fareena dan bertanyakan apa yang perlu dilakukannya.
'Mujur saya kenal Kak Fareena, jadi saya terus menghubunginya untuk dapatkan bantuan. Walaupun saya ada memelihara dua ekor kucing, saya tidak tahu apakah jenis makanan dan minuman untuk anak-anak kucing.
'Saya kasihan melihat anak-anak kucing itu. Comel sekali. Tergamak pemiliknya buang mereka,' ujar pelajar itu.
Di bawah Akta Binatang dan Burung, para pemilik binatang yang didapati bersalah membuang binatang tanpa sebarang sebab, boleh didenda tidak melebihi $10,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kededuanya sekali.
Source: Berita Harian
Straits Times | Oct 26, 2010

My Paper | Oct 26, 2010

Source: AsiaOne
Media Release | Oct 15, 2010
10 cats abandoned by family in extremely emaciated condition
Animal Welfare Organisations come together to tackle pet abandonment head-on
Action for Singapore Dogs (ASD), House Rabbit Society of Singapore (HRSS), Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) and Zeus Communications will join the Cat Welfare Society at its screening of Japanese documentary “Dog, Cats and Humans” on 30 October 2010 for a panel discussion on the topic of pet abandonment. Two screenings at 3pm and 8pm will be co-presented with The Arts House and will be held there.
In June 2010, a cat feeder witnessed a teenager releasing 10 cats in an estate in the East at a substation near a park. Upon closer examination, she found that the cats were just skin and bones and could barely stand.
The Cat Welfare Society was alerted and the cats were brought to the vet for immediate treatment. The vet found the cats to be severely underweight, weak and dehydrated. The ones in the worst condition had only 1/5 of their body weight. All the cats had poor, brittle hair coats as well as flakey skin which had started to form scabs. A diagnosis of poor skin and fur condition due to malnutrition was made. We also subsequently found genetic anomalies in some of the cats due to inbreeding.
When the Cat Welfare Society visited the family who abandoned the cats, we found more than 30 unsterilised cats in the flat. The hygiene level in the flat was extremely poor without any litter solutions provided for the animals. The cats urinated and defecated in all corners of the home. A litter of newborn kittens were being nursed by a mother cat in a cage. Another 10 cats were found to be severely emaciated in the flat.
The family admitted to adopting just 3 cats at the start. However, they did not sterilise them and the numbers increased to over 30. The family hid their plight behind closed doors even when they could not provide food and medical treatment for the cats, leading to their emaciation from starvation and illness. The situation became so unmanageable that they decided to abandon some of the cats.
This case constitutes a serious case of pet neglect and abandonment which is punishable by law and is under investigation by the Agri-Food & Veterinary Authority of Singapore (AVA). Under the Animals and Birds Act, anyone who is found guilty of animal cruelty, including pet abandonment can be imprisoned for up to 12 months, fined up to $10,000, or both.
This case is by no means isolated and highlights the severe damage that can be caused by erroneous attitudes left unchecked. The Cat Welfare Society and its volunteers have intervened in many cases where families are ignorant about the benefits of sterilisation or hold onto misguided beliefs about sterilisation.
Some pet owners still believe that letting their pets go is humane, choosing to assume that their pets like to be free and can survive on their own. However, animal rescuers have seen many cases where abandoned pet cats cower in fear in the drains and waste away. They no longer have the instincts to survive or defend themselves and are easy targets of abuse.
Most troubling are the pet owners who believe that sterilisation is morally forbidden, yet they deem letting the animals go absolves them of any wrong-doing, even when the animal is abused, killed or caught to be culled.


“Dogs, Cats, Humans: Working together against pet abandonment”
Pet abandonment and its resultant breeding is the single largest contributor to the stray population, leading to many animal welfare concerns such as animal suffering, abuse and culling.
The two panel sessions on 30 Oct 2010, jointly held with a documentary screening at 3pm and 8pm at the Art House, will focus on how animal welfare advocates and volunteers, estate officers, neighbours and the general man on the street can collectively work together to create and reinforce peer encouragement and pressure amongst communities to raise the level of awareness amongst pet owners and their impetus to act responsibly.
Laws are in place and much public education on responsible pet ownership has been done by AVA and various animal welfare groups, yet there are those that often seem impervious to any kind of message that contradict their own entrenched thinking. What new strategies are there to explore to arrest this phenomenon?
More on the event at Dogs, Cats and Humans: Working Together Against Pet Abandonment.
Trackback URL for this post:
- veron's blog
- Login or register to post comments



